Ketuk ketampi...
Semalam saya berhari raya di rumah seorang bekas pegawai tinggi polis. beliau pernah bertugas sebagai CPO sebuah negeri.
Salah satu topik perbualan kami ialah kejadian yang dialami oleh seorang wanita dipaksa melakukan ketuk ketampi
dalam keadaan berbogel bulat. Ramai orang menjadi marah akibat perbuatan 'tidak bertamaddun' itu.
Memandangkan persahabatan kami ikhlas berdasarkan jemaah masjid yang sama dan sering bersama hampir setiap malam, perbualan kami berterus terang, tanpa mencurigai satu sama lain.
Beliau menghuraikan bahawa perbuatan yang disuruh ke atas perempuan itu adalah biasa. Lumrah bagi pendatang dari negara Cina menjadi pelacur atau penjual ubatan palsu atau menjual pil khayal. Pil-pil disembunyikan di dalam dubur atau faraj.
Biasanya polis memberi pilihan kepada wanita yang disyaki melakukan kesalahan seperti itu mengeluarkan sendiri bahan-bahan yang tersembunyi itu dari tempat-tempat yang dinyatakan tadi atau jika mereka enggan atau berkeras menafikan, diminta melakukan ketuk ketampi.
Melalui proses ketuk ketampi, sebarang pil yang tersembunyi akan ternyah keluar selepas dua tiga kali sahaja ketuk ketampi itu dilakukan. Amalan ini dilakukan oleh polis serata dunia. Ia bukan berupa bentuk penderaan.
Saya berpuashati dengan penjelasan bekas CPO tadi dan mendapati polis wanita itu menjalankan tugas yang diamanah kepada beliau dengan baik dan bertanggungjawab. Diperhatikan beliau duduk jauh dari orang yang tergugat dan tidak melakukan apa-apa penganyiaan kepada wanita tersebut. Nyata yang tidak baiknya orang yang membuat rakaman tersebut dan mengedarnya. Orang inilah yang patut dihukum dan bukannya polis wanita bertudung yang menjadi sangkaan ramai.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home