Friday, December 30, 2005

Network upgrade


During Webvisions network upgrade last Christmas. :) We are replacing Cisco 3 Series with Cisco 7500.


Monday, December 19, 2005

Black Metal

Dialog ini berlaku semasa seorg mat metal ditangkap dan diberi kaunseling..ini adalah utk renungan kita semua..dan bukanlah bertujuan utk merendahkan sesiapa..walAllahualam...

Mangsa : asalamualaikum..
Pegawai: w'salam..nama awak?
Mangsa: *** bin ***
Pegawai: islam?
Mangsa: ya dari dulu..
Pegawai: cuba mengucap..
Mangsa: (mengucap)..
Pegawai: alhamdulillah..awak masih islam..
Mangsa: kenapa tuan berkata begitu? saya islam dari dulu..kini..dan selamanya..

Pegawai: awak bukan JIT? bakar quran?sembah setan?
Mangsa: eh? itu tuduhan..tak benar..
Pegawai: baju awak tu..dan musik awak..bukan ke awak ni black metal?
Mangsa: baju?
Pegawai: tu..gambar bintang tuu ..lambang syaitan !!!..
Mangsa: tuan pun ada pakai lambang setan..(sambil tunjuk logo pen)
Pegawai: eh ni logo jenama pen ni ..bukan lambang setan..
Mangsa: baju saya pun logo je bintang bukan setan..
Pegawai: tapi semua org tau..yg tu lambang setan..
Mangsa: sejak bila pulak?
Pegawai: sejak dulu..
Mangsa: dulu tu bila?
Pegawai: errrrr.... anuuu .. errr .. nanti laaa saya check balik !!

Pegawai: musik yg awak dengar..lirik..semua memuja setan..
Mangsa: apa buktinya?
Pegawai: sebentar..(sambil mengambil majalah dari laci)..
Mangsa: haa .. kitab apa kejadah pulak tu? setan?
Pegawai: ehh bukan nilah majalah yg cerita semuanya..ni majalah mastika
Mangsa: Ooo .. tapi gambar depan tu ..gambar hantu..
Pegawai: ehh jgn salah anggap..dont judge a book by its cover.. !
Mangsa: ek eleee ..tuan ni hanya pandai bercakap tapi tak amalkan !
Pegawai:kenapa pulak kamu kata begitu ??

Mangsa: saya pakai baju ni ..terus je tuan kata saya sembah setan ?! takpe pulak ye ??
Pegawai: errrr... anuuu … bukan begitu maksud saya …
Mangsa: majalah mastika ini memang popular dulu masa saya sekolah kerana isu hangat dan lucah dulu..menaikkan nafsu syahwat..tapi sekarang saya dah tak baca buku macam tu.. tak membina minda ! tak Glokal !
Pegawai: eh..buku ni utk kesedaran..utk pengetahuan..
Mangsa: iya la .. ia memang memberi kesedaran dan pengetahuan utk tuan dan org lain yg dah dewasa..yg dah boleh berfikir.. tetapi tidak kepada golongan remaja yg masih hijau ! ....saya pernah remaja dulu..pernah baca..dan pernah beli dulu.. saya tahu lah ! benda lain yg difikirkannya !
pegawai: errrrr... { kono den! }

Pegawai: ni lirik puja setan.. (sambil sebut perkataan yg terdapat dlm buku mastika itu)
Mangsa: eh .. tuan pun sembah setan?
Pegawai: ish .. mana ada !
Mangsa: tu yg tuan sebut tadi tu? ..lirik tadi tu ?
Pegawai: alahh .. saya sebutkan aja..bukan bermakna saya ni sembah setan !!
Mangsa: saya pun sebut je bukan bermakna saya sembah setan .. sama je kan ??
Pegawai: errr... hmmmphh !!


Pegawai: black metal ni boleh menyesatkan..bakar al quran..
Mangsa: buktinya?
Pegawai: dah ramai yg mengaku dalam majalah mastika ni..
Mangsa: berapa ramai yg ramai tu?
Pegawai: 3 ke 4 org jugak la ..
Mangsa: saya pun boleh panggil kengkawan saya 10 ke 20 org buat media press .. masuk surat khabar bahawa saya ni boleh terbang..tuan percaya??
Pegawai: errrr.. mmmm… ntah la

Mangsa: suka saya nak ingatkan disini..jgn la kita senang2 nak tuduh seseorg tu murtad atau syirik kepada tuhan..kerana itu adalah satu tuduhan yg amat berat dan jika ia tidak benar.. dosanya itu tidak boleh diampun Allah dan syirik kepadaNya..saya bukan nak mengajar tuan tuan semua..tapi hanya utk mengingatkan sahaja..jgn kerana keghairahan kita menunding org lain utk kepentingan diri sendiri dan boleh membuatkan org lain teraniaya..dan kita sendiri akan terima akibatnya kelak..dan jgn membuat kesimpulan sendiri jika sesuatu itu belum ada bukti yg kukuh.. ini kerana doa orang yg teraniaya adalah makbul !

Pegawai: errrrrr ..hehe { kono laie den ! }

Mangsa: juga jgn samakan scene metal diluar negara tu dgn scene tempatan..jgn labelkan musik metal tu sembah setan..sebab banyak band-band pop/hip hop/ballad diluar sana tu yg dok sembah patung..sembah matahari ..sembah api..dan ada yg tak beragama langsung..atheis..agama komunis..macam macam lagi agama meraka ni..tapi..kita disini menyanyikan pula lagu mereka..di mainkan di radio..di tv..di semua media massa..bagi mereka itu tak salah..kerana lagu lagu mereka semua sedap didengar oleh halwa telinga tuan tuan semua dan video2 klipnya selalu tak berbaju !! ..tapi lagu metal tuan tak suka..sebab keras/bingit je? ..tak sedap didengar oleh tuan tuan semua ?.. so kenapa tak tangkap mereka2 yg saya sebut tadi tu? ..muda mudi melayu kita yg memuja penyanyi2 pop/hip hop/dangdut mereka tu yg selalu ke disko .. mabuk arak .. berpelukkan sana sini? Dah sah2 arak tu haram dlm Islam ! .. tapi dijual di mana2 jugak ? kat disko mana la ade teh tarik? Kopi gano ? neslo ais ? roti telur bawang ?? habis tu mereka minum apa tuan ?? tuan pun selalu ada kat Bukit Bintang kan?? Cuci mata ke tuan ??

Pegawai: errrrrr .. SARJAN !!! TAHAN BUDAK NI ATAS KESALAHAN MEMUTARBELITKAN FAKTA !! CALL HARIAN METRO LEKAS !! ADA ISU SENSASI NI !!

Mangsa: haaa ??!! knape pulak ni tuaannn ??!! tidaaaakkkkkkk !!!!

Kwa kwa kwaaaaa … kesiaannn J

Sunday, December 04, 2005

go go go!

LOL that was me with my new 'lock toon. Pwning alliance in capture the flag in Warsong Gulch. I'm 24 by this time. Didn't sleep for 2 days though. :/

Friday, December 02, 2005

Ketuk ketampi...

Semalam saya berhari raya di rumah seorang bekas pegawai tinggi polis. beliau pernah bertugas sebagai CPO sebuah negeri.

Salah satu topik perbualan kami ialah kejadian yang dialami oleh seorang wanita dipaksa melakukan ketuk ketampi

dalam keadaan berbogel bulat. Ramai orang menjadi marah akibat perbuatan 'tidak bertamaddun' itu.

Memandangkan persahabatan kami ikhlas berdasarkan jemaah masjid yang sama dan sering bersama hampir setiap malam, perbualan kami berterus terang, tanpa mencurigai satu sama lain.

Beliau menghuraikan bahawa perbuatan yang disuruh ke atas perempuan itu adalah biasa. Lumrah bagi pendatang dari negara Cina menjadi pelacur atau penjual ubatan palsu atau menjual pil khayal. Pil-pil disembunyikan di dalam dubur atau faraj.

Biasanya polis memberi pilihan kepada wanita yang disyaki melakukan kesalahan seperti itu mengeluarkan sendiri bahan-bahan yang tersembunyi itu dari tempat-tempat yang dinyatakan tadi atau jika mereka enggan atau berkeras menafikan, diminta melakukan ketuk ketampi.

Melalui proses ketuk ketampi, sebarang pil yang tersembunyi akan ternyah keluar selepas dua tiga kali sahaja ketuk ketampi itu dilakukan. Amalan ini dilakukan oleh polis serata dunia. Ia bukan berupa bentuk penderaan.

Saya berpuashati dengan penjelasan bekas CPO tadi dan mendapati polis wanita itu menjalankan tugas yang diamanah kepada beliau dengan baik dan bertanggungjawab. Diperhatikan beliau duduk jauh dari orang yang tergugat dan tidak melakukan apa-apa penganyiaan kepada wanita tersebut. Nyata yang tidak baiknya orang yang membuat rakaman tersebut dan mengedarnya. Orang inilah yang patut dihukum dan bukannya polis wanita bertudung yang menjadi sangkaan ramai.