Kawan sekolah ku... LOLOLOLOLOL
Mahkamah Syariah: Ditahan khalwat kali kedua
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my
GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Syariah Negeri, di sini, semalam menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau sembilan bulan penjara terhadap seorang lelaki yang ditahan buat kali kedua kerana kesalahan berkhalwat.
Tertuduh, XXX, 25, dari Bayan Lepas, ditahan bersama pasangannya, XXX, 25, seorang pelayan pelanggan dari Kulim, Kedah dalam sebuah rumah pada 20 Disember tahun lalu.
XXX dan XXX didakwa mengikut Seksyen 27 (a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat.
Sekiranya disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Syarie, Othman Ibrahim.
Pendakwa Syarie, Nor Liza Mohamed yang membentangkan fakta kes berkata, kes itu dikesan melalui satu maklumat awam yang diterima pegawai penguat kuasa agama pada 20 Disember tahun lalu kira-kira jam 11 malam.
Nor Liza berkata, satu pemeriksaan dijalankan di sebuah rumah beralamat No 8, Solok Bukit Jambul 1, Taman Bukit Jambul, Bayan Lepas.
Menurutnya, pegawai penguat kuasa agama cuba memanggil penghuni rumah dengan mengetuk mangga pada pagar rumah namun tidak mendapat kerjasama.
“Selepas masuk ke dalam rumah, kelihatan seorang perempuan berada di ruang tamu dalam keadaan memakai baju tidur dan ketika diminta dokumen pengenalan diri, kedua-dua tertuduh naik ke tingkat atas untuk mengambilnya.
“Tertuduh lelaki sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan dan lokasi yang sama bersama wanita lain,” katanya.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau sembilan bulan penjara terhadap XXX manakala XXX didenda RM2,000 atau penjara tujuh bulan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home